PENTERNAKAN ARNAB
PEDAGING SECARA KOMERSIAL
SISTEM PENGELUARAN
BAGAIMANA
MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Peternakan
arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling
berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:
- Unit
pengeluaran daging.
Penternakan
untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut jurusan
tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok
induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan
menghasilkan pula stok induk tual.
- Unit
pengeluaran daging.
Kumpulan
stok induk tuai tadi dengan melalui program pembiakan akan menghasilkan pula
anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk
mendapatkan dagingnya.
Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.
BAKA
APAKAH
BAKA YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran
daging adalah seperti:
-
New Zealand White.
-
Calfornian.
-
Carolina .
-
New Simonare.
-
Sepanyol.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN
BAKA TEMPATAN ?
Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang
bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih
ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk
permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran
komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.
Pemilihan baka Pedaging biasanya diimport di
atas adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara
berbanding pada arnab tempatan, seperti:
-
Purata bilangan anak peranakan 7-9
ekor.
-
Purata bilangan anak masa cerai susu
6-8 ekor.
-
Berat akhir boleh
dicapai pada masa umur 2 bulan.
-
Berat dalam masa dua bulan adalah
lebih kurang 2 kg.
-
Pusat jualan baka
DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN
BERAPAKAH HARGANYA ?
Baka arnab jurusan pedaging ini adalah
baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom,
German Barat, ltali dan Perancis.
Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.
SAIZ EKONOMI
BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB
PEDAGING?
- Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu
satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
- Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana
besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
- Untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan 500
induk dan 100 pejantan.
PEMILIHAN KAWASAN
APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK
UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?
Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan
dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
-
Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
- Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti
ternakan/ ternakan lain.
-
Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik,
dan sumber air yang bersih.
-
Peredaran udara yang balk dan
memuaskan.
-
Dataran tanah membolehkan kedudukan
panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari
KAWALAN PENYAKIT
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN
UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?
Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan
penyakit yang minimum adalah seperti berikut:
-
Sekitar kawasan hendaklah bersih
-
Hadkan pegerakan pekerja dan
kurangkan pelawat masuk
-
Langkah kebersihan hendaklah
diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
-
Lakukan rawatan seberapa yang boleh.
Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau
bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
-
Tanamkan arnab yang mati dalam lubang
yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
-
Dapatkan stok arnab dari ladang arnab
yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
-
Jika berlaku kematian yang mengejut
dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat
Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.
MENYIMPAN REKOD
APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM
PENTERNAKAN ARNAB ?
Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:
-
Mengetahui jumlah ternakan arnab
mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
-
Untuk mengetahui prestasi setiap ekor
terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
-
Untuk memudahkan program pembiakan.
-
Memudahkan kerja harian seperti
menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses
cerai susu.
MAKANAN UTAMA
DI MANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?
Makanan ini boleh dibeli di kedai-kedai
makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini
berbentuk pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm
dan paniang 2-3 sm.
Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.
Senarai pembuat makanan ternakan arnab
seperti dalam appedix 2.
CARA PEMBERIAN MAKANAN
ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN
MAKANAN PELET INI ?
Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah
mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak
berdebu. Kerapkali kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang
dibeli. Oleh itu pilihlah jenama dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan
oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Kerap
kali, apabila berlaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada
jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah
yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.
Kalau
perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun
dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada
secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara
mendadak atau sekaligus.
MAKANAN TAMBAHAN
ADAKAH
DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?
Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati
sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut
jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
Bahan-bahan
hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan
kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang
panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau
ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk
ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kali dan kemudian
dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan
kepada amab.
Lebihan
sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan
digunakan lagi. Makanan
utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boleh didapati di kedai
jualan makanan ternakan.
PEMBIAKAN
BAGAIMANAKAH
CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?
Sebenarnya
cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan
arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana
arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan
menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan
tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh
tadi.
Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam
keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan
di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
KEKERAPAN MENGAWAN
BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh
digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang
mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari.
Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan
mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor pejantan yang
terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
KAHWIN SELANJUTNYA
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH
DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab
betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini
tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak
boleh digunakan lebih lama.
Dalam pentemakan arnab komersial arnab betina
akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak.
Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh
dikahwinkan semula.
MENINGGIKAN KEBERNASAN
BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH
BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?
Untuk memastikan arnab tersebut sudah
mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan
kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur ke
belakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan
yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas
proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.
TEMPOH BUNTING
BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN
APAKAH TANDA-TANDANYA ?
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga
31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada
peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab
tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya
lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak
jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan
kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang
beranak dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah
dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan
kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
BUNTING PALSU
BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil
"bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari
ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak
dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut.
Jika keadaan ini dikesan, arnab betina
tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
ANAK ARNAB
BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU
LAHIR?
Setelah arnab betina tersebut beranak,
pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab
berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
S. Apabila sudah memegang salah satu dari
anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada
hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh
anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel
(tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur
seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke
10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari
ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak
sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
MASA MENYUSU ANAK
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu
malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang
paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana
pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi
terutama disiang hari.
Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak
sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan
memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
IBU ANGKAT
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA
BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan
puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya
lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu
amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak
arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada
bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada
ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang
yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan
anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang
pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan
anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah
susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4
minggu.
CERAI SUSU
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI
SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar
ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu
ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak
amab berumur 1 bulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa ke semasa.
Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi.
PENENTUAN JANTINA
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH
DIPERINGKAT ANAK ?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan
menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan
menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan
menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.
HASIL SAMPINGAN
KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK
DIGUNAKAN UNTUK APA ?
Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang
berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur
(seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3
bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging
(seperti New Zealand White).
Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh
dibuat:
-
Glu (gam)
-
Baja (baja kompos)
CARA MUDAH
MENTERNAK ARNAB
BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH
MENTERNAK ARNAB ?
Menternak arnab adalah mudah dan boleh
dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak.
Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.
Sebelum menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehlah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.
Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini:
-
buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5
ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
-
Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebih
kurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung
hendaklah dipasang bersama.
-
Sumber air minuman yang bersih dan segar.
-
Sumber makanan yang berzat, bersih
dan segar.
-
5 buah kotak sarang plastik, 6 buah
bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
-
1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan
iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan
baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan
arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka
pedaging yang diimport.
KHIDMAT NASIHAT
DIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT
LANJUT BERKENAAN PENTERNAKAN ARNAB SECARA KOMERSIAL ?
Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan
Haiwan yang berhampiran. Ataupun menghubungi terus ke lbu Pejabat Perkhidmatan
Haiwan seperti alamat di bawah:
IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN,
TINGKAT 8 & 9, BLOK A,
WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN,
BUKIT DAMANSARA,
50630 KUALA LUMPUR.
TINGKAT 8 & 9, BLOK A,
WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN,
BUKIT DAMANSARA,
50630 KUALA LUMPUR.
[u.p: UNIT PEDAGING (ARNAB)
TEL: 03-2540077
SAMBUNGAN: 144 dan 145
TEL: 03-2540077
SAMBUNGAN: 144 dan 145
MAKLUMAT TAMBAHAN
BERAPA
BANYAK MAKANAN PELET INI PERLU DIBERIKAN ?
Sebagai
panduan kasar angaran dibawah boleh dijadikan ukuran.
KADAR PEMBERIAN MAKANAN RANSUM PELET ARNAB.
PERINGKAT
|
JUMLAH KUANTITI (gm/hari/ekor)
|
INDUK (BETINA DEWASA)
|
120
|
PEJANTAN (JANTAN DEWASA)
|
60
|
ANAK ARNAB (1 - 2/3 BULAN)
|
50-100
|
* Daun
hijau hendaklah diberi secara bebas sebagai makanan tambahan.
Disediakan oleh
Unit Pedaging (Arnab)
Jabatan Perkhidmatan
Haiwan
No comments:
Post a Comment